Wednesday, November 25, 2009

takde tajuk sebab sangat bosan!

Ini entry merapu marangkerapu ikan kerapu hahaha...ehhhh teringat ikan secara drastik. Break 5 minit, nak tengok ikan kat farmville =P

After 3minutes:

Okay itu hobi aku sekarang. Ternak ikan kat facebook. Errrrr, tapi jangan offer saya jadi rakan kongsi bela ikan keli ye "abang". Saya tak minat. Hehehe

This blog di adjust di tukar di rearranged sebab permintaan budak itu. Dia mahu lihat something yang simple. Mahu rough color, polka dot and dot dot dot bla bla bla. Banyak songeh. Sila mintak adinda Lala kamu decorate my blog seperti yang kamu mau. I do love her touch. She is 5teen, and me....menggelupur mahu tittle TEEN di hujung nombor usia *sigh*

Quite bored. Kerja OK je but after a couple of week, ditegur sebab konon2 ada yang mengadu new comers ni sombong. Haih, aku sangat risau pada diri sendiri if tak control dari jadi peramah. Nanti tak pasal2 ada yang komplen new comer ni terlajak galoks! hahaha. Ok la, my mistake. I will improve it yet. Wait until next week haaaa *wink*

Maybe ni last entry before Aidiladha. Oh! Sangat benci nak sebut Aidil and Adha *drolling eyes*

Gue mau pulang ke kampung. Wish me luck. Semoga sampai dengan selamat ke kampung esok. Hahaha, bunyi macam jauh sangat je hahahaha. Ye ye memang tak jauh tapi sekarang musim banjir. Worried jugak la. Takmo beraya sorang2 OK. Terkandas? No way! Hehu =P

Oh ngantuk gila babas. Memang masih muda malam. Eh, malam masih muda hehe. Memang awal lagi tapi aku sangat penat. Penat kerja. Penat sejam jammed balik kerja. Suppose 8minute jadi sejam. Wtf! Esok kena bawak roti ngeh3! *grinned*

Ok guys! Goodnight. Muahhhhhhh! Selamat hari raya aidiladha semua (=

Sunday, November 22, 2009

natey apo la.

Dia add, aku reject! Dia add lagi, aku reject! Add lagi----aku approved! Semacam tak putus asa dan sangat beria2 add aku, member lama kot. Tapi lepas add senyap tak cakap sepatah haram. Thanks for aprroved pun tak. Tak ada improvement dan sangat mencurigakan. Macam musyhkil pun ada. Buang masa aku betul nak discover2 siasat2 ni haih. Usha tengok siapa gerangan si gadis itu. Muka tak familiar langsung. Not my friend ni minah ni. Then suddenly muka jadi rasa panas membahang! Si gadis ini link dengan si polan tersebut. Patut la beria2 add aku.

"Nak tengok2 ape kes? Ambik la si polan tu main jauh2. Aku tak heran la. Don't mess with my life ye saudari. I tak kacau you, you duk diam2 jangan kacau I. Tak perlu add2 nak tengok ke, nak usha ke, nak cemburu ke. Buang masa okay! Urghhhh!"

Kenapa saudari? Tiba2 rasa tergugat ke? Tergugat tak? Tergugat tak? Hahaha *evil laugh*. Ni nak pesan ni. Tak payah la nak jenguk2 I. Serabut ah! Serabut serabut serabut!

Tuttt-tuttt has been deleted. Ambik kau! delete sudahhhh! Bluwekkkk!

Sebenarnya tak nak tulis sini. Dah siap2 type kat facebook tapi ini yang keluar masa tekan SHARE

"Your status update is too long. The maximum status length is 420 characters, but it is 456 characters long."

So terpaksa la menulis disini. Babai (=


Saturday, November 21, 2009

nightmare or bad-dream or both?


I wish that dream is just a dream, mainan tidur yang tak membawa apa2 makna pun. I was so worried. Sangat tak sedap hati. Before anything bad happen, I pray for his safety and happiness! He is a friend of my boyfriend. Tapi tetap sayang jugak macam kawan2 yang lain. Kawan bersuka bergembiraan mesti la saya sangat hargai kan...

Sharp at 3:45am saya terjaga dari mimpi ngeri. Pipi basah dan dada masih rasa sebak mengigit2. Rasa berdebar2. First time in my life I dream about him...

Macam ni mimpi nya:

Saya diberitakan kawan saya nak balik dari Australia. Tunggu punya tunggu tapi dia tak muncul2. Suatu hari saya dapat tau dia dah balik tanpa bagitau siapa2. We try to find him tapi tak jumpa. Luckily saya jumpa di hospital. Menginap di hospital for the rest of his life. Suffer sejenis penyakit misteri. Saya menangis terduduk di sudut bilik hospital tengok dia yang kurus kering macam orang somalia yang tak cukup zat. Saya menangis meraung2. Then he comes to me. Suruh saya berhenti meratap. I cry on his shoulder. Saya tanya kenapa sampai jadi macam ni. Dia cakap dia tak makan. Dia cakap lagi dia berkorban demi cinta dan sedang menderita kerana cinta. Saya nangis tak henti2. Suddenly dia jatuh di ribaan saya dan...menutup mata.

Saya rasa sangat lemah tak bermaya lalu pengsan. Bila terjaga, saya berada dalam bilik tidur. Hati masih tak senang selagi tak tengok dia. Saya harap hari ni saya dapat tengok dia dalam keadaan yang sihat dan GEMUK!


Wednesday, November 18, 2009

Blush your cheek, yeah!

No matter you have got beautiful looks or the ordinary one, blusher able to make your face glowing. Dulu aku sendiri pun rasa takut nak try apply blusher. Takut comot la, salah colour la, macam2. But now I think blusher can bring extra radiance on my face. I just have to know the correct way of applying the blush. Salah pakai boleh mendatangkan musibah hahahaha XD

Masa pilih colour, make sure that it matches lipstick color.

Pakai light shade of blush color for the daytime and a dark one for the evenings.

Select either cream blush or powder blush depending upon the suitability of your skin and your confortability to use those blush. Cream blush is considered good for the dry skin whereas the powder blush is good for the oily skin. So far aku masih belajar untuk pakai cream blush. Agak terkial2 tapi takpe, sebab lama2 nanti biasa. Like wearing liquid eyeliner, sekarang dah sangat mahir yeay!

Make sure that before applying the blush you are finished with application of powder, foundation and eye makeup. Blush is 2nd last. Usually I'm wearing blush before lipstick.

While applying the powder blush, PLEASE use a round brush because it gives better effects as compared to the brush that usually comes with the blush. Belajar2 la pakai brush besar yang bulat tu. Kalau pakai yang kecik, memang makan masa dan silap2 boleh terang sebelah la ape la. Round brush ni senang. Sekali sapuan je dah glowing2 pipi.

Look into the mirror [mesti la kan hahaha] and give a smile so that your cheekbones are raised and place the blush on the apple of your cheek. Then brush up your cheekbone toward your hairline. Jangan sapu setompok ye. Sila tarik sampai ke hujung hairline. Kalau ikut cara saya. Saya sapu dari hairline ke luar. Then baru tumpu dekat cheekbone. Letak dua jari dekat hidung then blush your cheek. Lama2 nanti akan tau estimate sendiri jarak. Jangan sapu sampai kedepan hidung. Jadi dolly boleh la. Haha.

In order to give a more natural look you should apply a little blush down your cheeks, over your forehead, nose and chin. Jangan takut untuk mencuba dan jangan nak gelakkan saya. I do use my blush brush to blush my forehead and chin for a natural look!

Tuesday, November 17, 2009

behave behave behave!

Rasa macam nak lempang je muka mamat tu. Aku agak kalau dia rapat sikit je lagi, aku sound dah! Natey jatey gilo sex! Urghhhhh! Dalam cab pun nak mengambil kesempatan. Aku ingat nak pengsan ke apa sebab tiba2 senget nak lentok ke arah aku. Tolong la, dah la bau busuk! I hate smelly guys! Tolong laaaa, nak muntah okay! Muka dah la macam taik, perangai macam beruk. Makin aku jarak makin dekat menempel. Rimas. Menyampah. Busuk. Kejap2 pandang, kejap2 pandang. Makin lama makin dekat muka ngan muka aku. Babun babun babunnnnn! Nasib baik rumah aku dekat. Kalau tak...memang Ba.Alif.Ba.Ya la hari ni! Sial.

nak duit nak duit nak duit!

Frustnyaaaaa...
Tiap kali sales, mesti duit dah takde. Saya mau handbag tu. Sales almost 70-80%. Kira2 lepas sales dapat handbag gedabak besar tu dengan harga 100++ je. JE kau cakap yna? Ahahahahaha xde la. Kalau compare dengan harga asal berbaloi la kan. Hahahaha. Okay saya takkan beli pun. Cakap je lebih. Melainkan ada orang nak bagi, sila bagi this bag. Saya sangat teruja! hoh!

Saya mau sandal crocs. Sakit kaki pakai heels pergi kerja. Ada tak crocs ori yang murah? Hahahahaha. Mengarut. Haih -,-"

Sunday, November 15, 2009

Rajuk itu masih ada...

Aku dah 2 hari merajuk macam sial. Tak nak cerita panjang2 masalah. Cukup lah kalau setakat tau aku merajuk sebab dijanjikan sesuatu tapi last minute tak tertunai. Terpaksa menanggung kepayahan sendiri2. Rasa nak hempas badan dalam sungai. Biar hanyut sampai ke laut. Rasa macam tak adil sebab bila turn aku mesti kena mengalah dan berdikari sendiri. Bila yang selalu dimanjai tu susah sikit, macam2 dihulur sampai tepu lemak dalam kepala otak budak tu. Aku tak pernah demand lebih2 pun. Aku selalu pasrah. Duit pun aku takkan mintak kecuali aku dah benar2 rabak kocek. Kosong sen. Selagi aku ada, aku tak mintak. Tapi sekali ni permintaan aku tak sampai. Buat aku memberontak sebab aku sering diperli sebab tak pandai itu dan ini. Aku tak macam si anu dan si polan. Kalau nak ikutkan history berdikari, aku masih berada di carta teratas. Seawal 7tahun aku dihantar hanya ke pagar sekolah. Orang lain bersama mak bapak. Menangis berguling macam kena sawan babun. Hari kedua dan seterusnya aku hanya berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Seumur 13 tahun dicampak merempat di hostel Sains Pasir Puteh. Makan pakai sendiri2. Balik sebulan sekali. Kemana2 sekalipun aku betah sendirian. Aku tak perlu peneman dan belas kasihan. Aku mampu sendiri.

Mereka?

Mereka bersekolah dengan mama. Manja macam taik! Anak cikgu lah katakan. Ke sekolah tumpang kereta mama. Beralih ke sekolah menengah tetap sama. Pantang lambat di jemput meleleh airmata. Disogok dengan bermacam keinginan hati. Hahahaha aku tergelak sampai berair mata. Sedih sebab aku tak dilayan macam tu dulu. Takpe. Aku tak kesah. Itu semua bukan apa2 pun.

Cuma hari ini. Sekejap tadi, mama call. Tanya tentang hari pertama kerja aku. Aku banyak membisu dari mengeluarkan patah2 kata. Di hujung talian sebelum button merah aku tekan, aku masih terdengar suara mama melontar kata pada abah mungkin. Atau pada nenda. Atau pada adik...

"...dia macam tak nak bercakap."

Aku terus matikan panggilan. Seketika rasa sebak menyerbu. Rasa berdosa sebab aku tak pernah tak layan mama called. Kali ni mungkin aku terlalu kecewa sampai aku tak punya hati untuk berbicara lagi. Rajuk itu masih ada. Aku kepenatan. Nasib hari ni tak hujan. Kalau hujan? Bayang sendiri macam mana keadaan aku. Berjalan kaki dari office ke bus stop yang bapak gila jauh. Berhujan menunggu mana2 yang singgah menjemput. Malam pulak berjalan 20 minit dari campus ke rumah pada jam 10.30 malam sendirian. Ditemani anjing liar, budak hidu gam, orang tiga suku, peragut, penculik, perogol mungkin. Huhhh...