Thursday, September 17, 2009

Jasad tanpa hati, kosong!


Aku pulang ke kampung dengan kedutan remuk di dada. Sebuah perjalanan yang amat sukar. Sabar wahai hati. Jangan tumpahkan sebaldi airmata. Kamu harus kuat. Seisi rumah hampir penuh dengan sepupu sepapat. Langkah longlai ibarat sedang heret satu bagasi size XXL. Lesu yang amat. Aku duduk kat ceruk dapur. Sepatah kata tak terucap. Aku risau kalau aku bersuara, akan ada getaran di hujung nada suara. Aku menggigit bibir menahan rasa.

Terhinjut2 si dia berusaha datang mendekati aku yang bersendiri. Cuba menegur aku yang bisu sedari sampai tadi. Aku tersenyum pahit. Berdosanya aku. Terpaku melihat balutan di kaki kirinya. Tangannya aku kucup ikhlas. Ada manik gugur dihujung mata. Aku lentokkan kepala dihujung bahu. Ada tulang, bukan isi seperti dulu. Kasihan. Gugur lagi airmata menuruni hingga dagu sebelum menitik tepat di atas skrin K800i yang terpampan sms tajam si cinta. Si dia cuba bersuara.

"princess kenapa?"

Bisu.

"siapa lukakan hati my princess?"

Geleng kepala.

"my princess chubby la."

Tersenyum sumbing.

"...tapi cantik"

Rambut diusap. Tangan ditarik.

"Jum makan. Tak nak nangis depan rezeki. Dia bukan penentu hidup kamu..."

Airmata dihapuskan. Cuba dogak melihat suasana di depan mata. Aku sejenak berfikir. Aku masih punya keluarga yang bahagia. Bahagia cinta pergi. Bahagia keluarga tak pernah luntur walau seketika aku lalai mengabaikan keluarga kerana melebihkan cinta...

Si dia masih sudi mengesat airmata aku walau semasa sakit, aku tiada disisinya. Kejamnya aku. Umpama air yang dicincang takkan putus.

"Tapi aku masih cinta si cinta..." hati berbisik sayu...

4 blurbs:

paan said...

selamat hari raya...

{lumut} said...

siapa yg sakit itu...
sweet..keluarga sgt penting..
aku dlu begitu..lupa krn cinta..
skrg cinta pergi..aku malu merayu kasih keluarga..
salam lebaran..

kEy said...

yna~
jgn sdey2!
mari2 key blanje makan kueh raya!

ubaidillah alqasam said...

salam wahai ukhti... semoga tabah dalam ujian.. ALLAh mahukan kamu sedar bahawa cinta itu hanya milikNya..

maaf andai kata2 ku ini tidak dterima pakai... ingatlah,kesedihanmu adalah satu rahmat bagimu...

kerana pada masa itu,ingatanmu padaNYA mungkin akan mendadak tinggi..

dan tika itu sebutlah namaNYA,rintihlah padaNYA...
dengan izinNYA dirimu pasti tenang...

kamu sangat baik,menerima dia tanpa banyak yang dipersoalkan... mungkin dia yang tidak layak buat mu yang memiliki cinta hati yang suci...

lupakan sidia,dan palingkan hatimu padaNYA.. barakalllahufik...

rabbana taqaballa minni waminkum...salam aidilfitri...